Friday, May 21, 2010
Daisy...
Daisy adalah sejenis bunga kecil yang berwarna putih. Bila kita tengok dye,kan? Kita mesti ingat dia adik beradik dengan bunga Matahari. Sekali tengok, dia ada sejenis bunga yang sangat chomel. Dari satu nama DAISY, Nurul sangat terpegun dengan seorang penulis skrip dari Negara Korea Selatan. Dari sebuah nama ‘DAISY’ dia menulis sebuah cerita yang sangat bagus.
Mula2, bila diperkenalkan oleh dua orang kawan Nurul mengenai filem Daisy ni, Nurul merasakan ia adalah sebuah filem yang sangat lembab dan boring. Betul apa orang kata, TAK KENAL, MAKA TAK CINTA. Hehehe....
Ok, mari ikut Nurul, kita melihat sejenak sinopsis filem “DAISY” ni.
Filem ini mengisahkan seorang pelukis wanita yang bernama Hye Young. Setiap hari, dia mesti dapat sepasu bunga Daisy dari seorang lelaki yang tak dikenali. Bila lelaki tu sampai kat depan kedai dia setiap hari pada pukul 4:15PM, lelaki itu akan menjerit “FLOWERS” tapi bila Hye Young lari untuk mendapatkan lelaki itu, mesti takkan sempat untuk dia melihat siapa jejaka tersebut.
Sebenarnya lelaki itu dikenali sebagai Park Yil. Dia adalah seorang pembunuh upahan dari salah sebuah organisasi pembunuh upahan kat Amsterdam. Amsterdam terletak di Belanda. Tempat dia sangat cantik. Sekali lihat, pasti terpegun dengan kecantikan tempat tersebut. Hehe... Best2! Ok, kita sambung balik pada cerita kita,k? Dia tak pernah bercinta dan tak pernah menyayangi sesiapa pun tapi nak ditakdirkan, dia menjumpai Hye Young ni tengah melukis bunga Daisy dia satu lading bunga dia tempat tinggal dia. So, dia mula jatuh cinta pada Hye Young.
Kerana Hye Young, Park Yil mula mencintai bunga Daisy, mengetahui classical music, mengetahui cara-cara lukisan melalui pembacaaannya mengenai lukisan jenis Van Gogh dan Monet. Mostly, if tak silap Nurul, masa SPM dulu, Van Gogh dan Monet, jenis lukisan diorang selalunya mengenai permandangan dan dilukis dengan menggunakan cat minyak. Klau tak betul, betulkan Nurul, ya?
Then, pada suatu hari, masa Hye Young tengah melukis di pasar seni di Amsterdam, ada seorang lelaki berkot yang dikenali sebagai Jeong Woo datang di depan Hye Young dan meminta dia melukis wajah lelaki tersebut. Pada pandangan Hye Young, itulah sangat yang paling berharga buatnya coz di tangan lelaki tersebut terdapat sepasu bunga Daisy seperti yang dia dapat setiap hari. Hye Young beranggapan yang Jeong Woo adalah lelaki yang ditunggu2nya selama ini.
So, adakah Jeong Woo memang lelaki yang ditunggu oleh Hye Young atau Park Yil? Mungkinkah Park Yil akan keluar dah memberitahu siapakah dirinya yang sebenar? Who knowz,rite? If korang nak tau lebih lanjut, korang tengoklah sendiri filem bertajut ‘DAISY’,ok? Pasti akan menyentuh perasaan korang punyerlah! If Nurul citer semua, tak bestlah! Hahaha... Ok!
Enjoy watching DAISY...
NURUL SYAZWANI BT SOHAHUDDIN
Tuesday_18/5/10-4:20AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment