Cinta...
Apa itu cinta?
Ada apa dengan cinta?
Benarkah cinta itu wujud?
Aku masih bingung dengan diri ini...
Adakah aku perlu cinta?
Adakah cinta perlu aku?
Aku tak mahu cinta...
Tapi cinta yang memaksa aku memilihnya...
Aku tak mahu kenali dia...
Tapi dia yang memaksa aku mengenali dia...
Aku hairan dengan cinta...
Di saat aku inginkannya,
Dia lari jauh dari aku
Di saat aku membencinya,
Dia datang dekat dengan aku.
Cinta kenapa kau begini?
Setiap kali kau menghampiri,
Aku sakit, aku pedih, aku terseksa.
Kenapa bukan bahagia, gembira, ketawa???
Aku tak mampu nak menghakismu
Aku tak mampu nak membuangmu
Aku tak mampu nak menghalaumu
Kau pun tau,cinta,
Aku pun terlalu lemah untuk menghadapi semua ini...
Aku cuba lukiskan cinta di atas karyaku
Telah ku cuba untuk lagukan cinta
Telah cuba ku laungkan cinta
Tapi akhirnya
Aku tetap keseorangan
Tetap merana
Tetap menangis
Tetap sunyi...
Katakan pada ku
Apa yang kau mahukan dariku,Cinta?
Tak cukupkah kau menyakiti aku?
Tak cukupkah kau membuat diri ini terseksa?
Tak cukupkah kau membuat aku merana?
Aku merayu padamu Cinta...
Bahagiakanlah aku buat kali ini...
Aku merayu buat kali terakhir.
Aku merayu bahagiakan aku...
Buat kali terakhir ini...
Cinta, kamu adalah yang terakhir.
Bahagiakanlah aku hingga hayatku tercerai dari jasadnya...
Hati jeli,
NURUL SYAZWANI BT SOHAHUDDIN
Saturday_15/5/2010-3:59AM
Saturday, May 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment