Assalamualaikum Aizat. Dah lama Wani tak dengar cerita dari Aizat. Aizat sihat? Macam mana Aizat kat Australia? Have u took care of yourself, Aizat? I really miss you so much. Aizat, mulai hari ni Wani akan sentiasa menulis surat dalam blog wani ni. Walaupun Wani tau Aizat takkan membaca surat-surat Wani kerana may be Aizat takkan buka or may be terlupa pasal blog Wani ni tapi inilah satu-satunya cara Wani nak menceritakan segala yang terbuku dihati Wani seperti yang selalu Wani ceritakan kepada Aizat. Sejujurnya, Wani tak pernah melupakan Aizat dan tak pernah buang cinta Wani pada Aizat. Wani sentiasa mencintai Aizat. Wani tak boleh tolong diri Wani sendiri untuk melupakan Aizat. Walaupun, bermacam2 cara Wani buat utk melupakan Aizat, tapi… Wani tak mampu untuk terus melupakan Aizat. Bermacam2 jenis lelaki yang datang dan pergi dalam hidup Wani tapi Wani tak mampu membuka hati Wani selain hanya untuk Aizat.
Walaupun Aizat telah pergi jauh dari Wani, Wani tak pernah pergi dari sisi Aizat langsung. Walaupun bermcm2 benda yang Wani letakkan dalam facebook, dalam blog, dalam myspace dan sebagainya yang mengatakan Wani telah mampu membuang cinta Aizat, tapi Wani tak mampu Aizat. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat, nama Aizat mengalir dalam darah dan terukir dalam hati. Setiap hembusan nyawa Wani, sentiasa ada nama Aizat di dalamnya. Seperti yang Wani katakan dulu, Aizat nyawa Wani, semangat Wani dan dunia Wani. Wani tak tau samaada Wani boleh hidup tanpa Aizat atau tidak. Tapi bila difikirkan sepertinya Wani tak mampu hidup tanpa Aizat. I can’t live without Aizat Meah Bin Mohamad Shazali. I can’t! Apa akan jadi jika Aizat mengahwini gadis lain selain Wani?
Aizat, Wani takut sangat. I’m too scared of losing you. Wani takut yang Wani terus gila. Seperti pernah terjadi pada Wani dulu masa lewat tahun 2008. Wani takut yang peristiwa itu akan berulang lagi. Wani tak kuat, Aizat! Wani lemah. Wani perlukan seseorang untuk terus membimbing Wani. Selama 7 tahun, Aizat menjadi semangat dan kekuatan Wani untuk terus bangun tapi kini… Wani berjalan sendirian tanpa teman atau pembimbing seperti Aizat. Aizat, Wani rindukan Aizat. Wani terlalu rindukan Aizat.
Biarlah kali ini orang nak kata apa, biar semua orang berkata, biar apa pun yang Aizat kata, Wani dah bertekad yang Wani akan terus menulis dan terus menulis selagi cinta Wani pada Aizat masih bernyawa di dalam hati ini. Wani akan terus bercerita dan menceritakan segala2nya pada Aizat melalui blog ini walaupun blog ini semestinya takkan dibaca oleh Aizat Meah Bin Mohamad Shazali kerana Wani dah tak mampu nak menanggung rindu pada Aizat. Aizat, you’re my everything to me. I love you,Aizat. I LOVE YOU…
Nurul Syazwani Bt Sohahuddin
9/03/2010 (Tuesday) – 6:09 PM
p/s Sesungguhnya siapa yang tak nak orang yang dicintai membaca surat-surat yang dikarang ini tapi Wani tak mampu nak buat Aizat baca, Wani harap yang suatu hari nanti akan ada keajaiban kuasa dari ALLAH S.W.T. yang akan membuatkan Aizat Meah Bin Mohamad Shazali membaca blog ini. Amin…
Thursday, March 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment