Wednesday, December 2, 2009

The WAIT really ENDS...



Hai!Meet Rika again! Sorry coz Rika dah lama tak menulis kat blog ini. Sebenarnya, banyak yang Rika lalui sepanjang Rika masuk ijazah ni. Ada suka and ada duka. Buat pengetahuan korang semua, penantian Rika dah berakhir. Dia dah punya permaisuri dalam hatinya. Apa yang Rika boleh buat hanyalah mendoakan yang terbaik untuk dia. Rika tak pernah putus2 mendoakan yang terbaik untuk dia. Dia yang pertama Rika cinta dan mungkin yang terakhir? Wallahualam...

Apa yang Rika harapkan sekarang, akan ada pengganti yang lebih baik dari DIA! Dia yang pernah Rika cinta dan tak pernah cuba menduakan dia. Buat dia, sesungguhnya Rika tak berniat nak menduakan dia tapi ia salah satu cara untuk Rika cuba melupakan dia tapi akan daya Rika tak mampu nak melupakan dia. Apatah lagi, Dia adalah semangat Rika, dunia Rika…

Rika sayang dia. Rika doakan Dia dan Mira bahagia. Dia dan Mira merupakan pasangan yang secocok. Bagai merpati dua sejoli. Rika redha dan Rika restu perhubungan dia dan Mira. Rika doakan agar perhubungan dia dan Mira akan sampai ke jinjang pelamin,ok?

Nanti dah nak kahwin tu, janganla lupa jemput,Rika,ok? Rika menantikan jemputan korang berdua. 

Rika happy sangat untuk dia. If dia happy, Rika happy. Buat Mira, cintailah Dia seperti mana Mira mencintai diri Mira sendiri. Mira jaga Dia baik2 coz dia seorang yang amat baik, tak pernah menyakiti hati orang, tak pernah nak melawan balik, tak pernah nak tinggikan suara pada orang, sabar, caring dan banyak menjadi pendorong dalam hidup seseorang.

Rika harap Mira dapat mencintai dia seperti mana Rika pernah mencintai dia dahulu. Dia yang pernah Rika cinta seluruh jiwa Rika, akan Rika lepaskan dia dengan tenang kepada Mira kerana Rika percaya, Mira mampu membuatkan dia tersenyum, ketawa dan Rika tahu yang Mira akan sentiasa bersama dia tak kira susah ataupun senang. Mira, adalah permaisuri hatinya. Mira sangat bertuah kerana dapat memiliki cinta Dia. Buatkan dia bahagia…

Jagalah hatinya, jangan sesekali melukakan hatinya. Cuba menjadi sahabat baiknya. Sentiasa bersama dia. Buat Mira, Rika sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda juga. Good Luck and All da best to you! Rika doakan perhubungan kalian berdua akan kekal sampai ke akhir hayat korang berdua. InsyaALLAH…

Buat dia, maafkan Rika jika Rika telah membuatkan dia kecewa atau sakit hati. Bukan niat Rika nak buat dia sakit hati or anything. Rika juz nak meluahkan apa yang terbuku dihati Rika…

Salam Persahabatan buat kalian…
Wassalam…

No comments:

Post a Comment