Thursday, December 24, 2009

Happy 21st Birthday to RiKa :)



Happy Birthday to Me! Alhamdulillah, sempurna usia Rika 21 tahun hidup dalam bumi ciptaan ALLAH S.W.T. ini . Rika bersyukur kerana Rika dapat merasai suka duka kehidupan dengan penuh kesabaran. Tanpa kesabaran yang tinggi dan iman yang kuat, mungkin Rika dah jauh terpesong dari jalan ALLAH Yang Maha Esa. Rika banyak melakukan kesilapan dulu, sekarang Rika nak betulkan kesilapan Rika. Rika perlu ke suatu tempat yang Rika nak pergi. Rika perlu tunaikan impian Rika untuk ke sana demi cita-cita Rika. InsyaALLAH, selepas ini Rika akan bina hidup baru dengan keluarga dan sahabat2 di sekeliling tanpa DIA disisi.

Walaupun perit untuk Rika lepaskan dia tapi Rika mengaku, memang Rika tak layak untuk menikmati cinta dari Dia yang pertama Rika cinta. Setiap tahun, Rika selalu berharap yang suatu hari nanti, dia akan telefon Rika and ucap Happy Birthday pada Rika tapi… Semuanya itu adalah mimpi semata-mata. Rika tak mampu nak berbuat apa2. Siapalah Rika disisi dia…

Dia, Rika cinta dia. Kenapa kita tak ditakdirkan bersama??? Jawapannya, Rika yang tak layak mendapat cinta Dia and Rika tak layak berada disisi Dia selama hayat Dia. Ya ALLAH, Rika terlalu sayang pada Dia. Rika mahu dia sentiasa bahagia. Bahagia dia, bahagia Rika. Buat Dia, biarlah cinta Rika terkubur begini sahaja. Rika akan berlalu pergi seperti angin yang berhembus di persisir pantai Sydney. Ketahuilah, Rika sentiasa mendoakan kejayaaan dan kebahagiaan Dia hingga ke akhir hayat. Nampaknya, bila masa Rika nak ambil pencil case dari Dia. Sedang masa makin singkat untuk Rika terus berada di Pulau Pinang. Rika akan pulang ke kampus pada hujung bulan Disember ini.

Dia, simpan pencil case itu, akan Rika usahakan untuk mengambilnya kerana ia adalah satu2nya memori Rika dan Dia…

Salam dari Kejauhan,
Rika Ixora’09

No comments:

Post a Comment