Thursday, December 24, 2009
Ku Tak Lagi Percaya C.I.N.T.A...
Harapanku musnah belaka…
Hari ni hati Rika sedih sekali… Harapan yang Rika harapkan kepada DIA telah hancur musnah begitu saja. Rika tak tau nak cakap macam mana lagi. Rika buntu, runsing dan Rika memang dah mati akal dengan DIA!!! Rika dah putus asa dengan DIA… Rika redha if Rika tak dapat DIA lagi. Biarkan cinta Rika berkubur begitu saja… Rika dah cuba sedaya upaya Rika untuk memenangi hatinya tapi… Luka yang Rika terima… Rika dah benci DIA, Rika dah meluat dengan DIA , Rika … Rika… Rika masih CINTAKAN DIA…
Rika bertekad Rika akan lupakan DIA. Rika akan menuruti kemahuan mak dan abah Rika. Rika akan ke United States atau United Kingdom untuk meneruskan pengajian Rika. Rika akan pulang dengan sebuah kejayaan. InsyaALLAH, jika diizinkan ALLAH S.W.T. Rika dah buang DIA jauh2. Walaupun hati Rika dah hancur, calar, terluka dan parah tapi, dengan sisa-sisa kekuatan yang masih tinggal dalam jasad Rika yang lemah ni, akan Rika bangun semula seorang diri untuk membetulkan kesilapan yang Rika dah lakukan selama ini. Rika akan cuba pergi jauh dari tanah air Malaysia ini buat sementara waktu. Itu janji Rika…!
Rika akan tolak cinta yang hadir dalam hidup Rika. Rika akan pergi jauh dari sini. Rika bukan Rika yang dulu. Rika bukan Rika yang dulu menghargai kasih sayang dan cinta. Rika akan buang semua tu jauh2!!! Kasih sayang dan Cinta tak pernah bagi kebahagiaan!!! Semuanya kemusnahan!!!!! Rika takkan musnahkan diri Rika lagi… Cukuplah sekadar ini saja Cinta Rika buat insan yang bernama LELAKI… Rika dah tutup pintu hati Rika mulai hari ini… Rika dah buang kuncinya jauh2!
Mulai sekarang, Rika tak mungkin akan jatuh cinta lagi. Walaupun, Rika mungkin akan suka pada seseorang, tapi akan Rika buangnya jauh2. Rika tak percaya cinta lagi!!! Rika tak akan mudah jatuh cinta lagi. Rika takkan cuba jatuh cinta dan tak akan sesekali jatuh cinta lagi kerana pintu hati Rika dah tertutup rapat. Bohonglah jika Rika tak impikan kebahagiaaan… Rika harap akan ada seorang insan yang bernama LELAKI berjaya membuka pintu hati Rika suatu hari nanti. InsyaALLAH, jodoh di tangan ALLAH… Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di muka bumi ini. Rika serahkan segala-galanya pada ALLAH S.W.T….
Rika akhiri Diary Rika malam ini dengan “CINTA TELAH KU BUANG JAUH…”
RiKa NuR’09
~Wassalam~
Happy 21st Birthday to RiKa :)
Happy Birthday to Me! Alhamdulillah, sempurna usia Rika 21 tahun hidup dalam bumi ciptaan ALLAH S.W.T. ini . Rika bersyukur kerana Rika dapat merasai suka duka kehidupan dengan penuh kesabaran. Tanpa kesabaran yang tinggi dan iman yang kuat, mungkin Rika dah jauh terpesong dari jalan ALLAH Yang Maha Esa. Rika banyak melakukan kesilapan dulu, sekarang Rika nak betulkan kesilapan Rika. Rika perlu ke suatu tempat yang Rika nak pergi. Rika perlu tunaikan impian Rika untuk ke sana demi cita-cita Rika. InsyaALLAH, selepas ini Rika akan bina hidup baru dengan keluarga dan sahabat2 di sekeliling tanpa DIA disisi.
Walaupun perit untuk Rika lepaskan dia tapi Rika mengaku, memang Rika tak layak untuk menikmati cinta dari Dia yang pertama Rika cinta. Setiap tahun, Rika selalu berharap yang suatu hari nanti, dia akan telefon Rika and ucap Happy Birthday pada Rika tapi… Semuanya itu adalah mimpi semata-mata. Rika tak mampu nak berbuat apa2. Siapalah Rika disisi dia…
Dia, Rika cinta dia. Kenapa kita tak ditakdirkan bersama??? Jawapannya, Rika yang tak layak mendapat cinta Dia and Rika tak layak berada disisi Dia selama hayat Dia. Ya ALLAH, Rika terlalu sayang pada Dia. Rika mahu dia sentiasa bahagia. Bahagia dia, bahagia Rika. Buat Dia, biarlah cinta Rika terkubur begini sahaja. Rika akan berlalu pergi seperti angin yang berhembus di persisir pantai Sydney. Ketahuilah, Rika sentiasa mendoakan kejayaaan dan kebahagiaan Dia hingga ke akhir hayat. Nampaknya, bila masa Rika nak ambil pencil case dari Dia. Sedang masa makin singkat untuk Rika terus berada di Pulau Pinang. Rika akan pulang ke kampus pada hujung bulan Disember ini.
Dia, simpan pencil case itu, akan Rika usahakan untuk mengambilnya kerana ia adalah satu2nya memori Rika dan Dia…
Salam dari Kejauhan,
Rika Ixora’09
Tuesday, December 15, 2009
Hati ini Terusik Luka...
Hi, Meet Rika again
Rika terluka lagi hari ni. Rika tak tau nak citer kat saper yang hati Rika luka sangat2. Rika tak boleh tgk hubungan Dia and Mira. Honestly, I’m too jealous about him and her. Why me??? Rika tak patut jealous coz I have being rejected and I already know what was on his heart! It’s her not me! Rika terlalu lemah dalam cinta… Di mana seorang Prince Charming Rika yang akan datang menolong Rika dan mengubati hati Rika yang dah luka teruk ni? Wujud ke “Prince charming” tu? That the question that always plays in my mind.
Wujud ke orang yang bernama Adam Daniel Bin Azlan yang Rika selalu sebut dalam hati ini? Atau pun dia hanyalah seorang Prince Charming khayalan Rika je? Hmm… Only Allah knows better. Rika harap sangat yang suatu hari ada Prince Charming datang mengubati Rika and bawa Rika pergi jauh dari sini and dia akan cuba lupakan cinta pertama Rika dengan cinta. Amin… Although, its sound silly but I hope its true!
Ya Allah, apa yang Rika merepek ni?! Rika pun tak tau nak cakap apa lagi. I’m stuck! I’m just too scared that I’ll be hurt again and again by a creature called human or more specifically MAN! Rika takut yang Rika akan terluka lagi. Rika tak nak menangis lagi mcm mana Rika meratap pada seseorang dulu. Boleh ke Rika dapat jumpa dengan lelaki yang seperti DIA? Dia yang terbaik buat Rika masa ini. Rika tak dapat nak cari pengganti dia sampai sekarang. Why???! May it’s because I’m not ready for LOVE,yet? May be?
Okla, that all for now. Till we meet again!
Wassalam and Take Care
Rika Ixora’09
Saat Rika Merindui...
Hi meet Rika again...
Hari ni Rika tak tau nak cakap mcm mana? Rika buntu lagi. Rika pening. Rika tengah memikirkan mcm mana nak lupakan DIA? Setahu Rika, Rika bukan playgirl. Rika bukan perempuan yang jenis mainkan perasaan lelaki lain? Rika bukan jenis seseorang yang member harapan pada orang. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di hati Rika. Rika bukan orang jahat. Ramai ingat Rika orang jahat. Kenapa??? Rika bukan mcm tu!!!
Rika nak hidup bahagia macam orang lain juga. Rika nak hidup gembira tanpa air mata dan seksanya menanggung cinta tak berbalas. Cinta memang indah didengari tapi cinta pada hakikatnya amatlah menyakitkan. Cinta pada ALLAH adalah cinta sejati. Cinta yang tak pernah membuatkan orang itu hilang akal dan arah tujuan. Cinta pada ALLAH, cinta yang suci. Cinta pada seorang insan yang bernama lelaki memang payah. Ia membuatkan seseorang hilang akal dan arah tujuan dan pada masa yang sama kita kadang2 menyimpang jauh dari jalan ALLAH seperti membunuh diri dan sebagainya.
Rika bersyukur kerana Rika masih waras. Walaupun pada hakikatnya suatu ketika dahulu, Rika pernah juga hampir menyimpang jauh dari jalan ALLAH. Alhamdulillah, ALLAH masih sayangkan hamba-Nya. Benar sifat ALLAH. Dia Maha Mengampuni lagi Maha Menyayangi. Dalam kalimah Bismillahirahmannirahhim sendiri membawa maksud “ Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”.
Rika terselamat. Syukur Alhamdulillah, Rika masih di dunia ciptaan ALLAH ini kerana tanpa family and friends yang terdekat dan dengan kasih sayang yang tidak putus2 datang dari ALLAH, Rika masih hidup kerana dulu pun Rika hampir bunuh diri kerana seorang lelaki. Iaitu cinta pertama Rika. Walaupun sekarang, Rika masih mencintai orang yang sama, masih menaruh harapan pada lelaki yang sama, tapi Alhamdulillah Rika sudah kuat dari sebelumnya. Syukur…
Buat kawan2 diluar sana, Life Ain’t Easy. Itu prinsip hidup Rika. If life is easy, ur totally not human. Like my godbrother, Mark has said to me, if path is beautiful, ask where it leads to but if destination is beautiful, don’t think about path. KEEP WALKING! Love you, Bro! Such a meaningful words, am I right? His a nice bro I known from Detroit, USA. Kdg2 berguna jgkla ayat dia. Hehe… Miss you, Bro!
Urmm… That all for today. Dah tak ada topic nak tulis. Nanti senang2, Rika turun lagi,ok?
Take Care for now!
~Wassalam~
Wednesday, December 2, 2009
The WAIT really ENDS...
Hai!Meet Rika again! Sorry coz Rika dah lama tak menulis kat blog ini. Sebenarnya, banyak yang Rika lalui sepanjang Rika masuk ijazah ni. Ada suka and ada duka. Buat pengetahuan korang semua, penantian Rika dah berakhir. Dia dah punya permaisuri dalam hatinya. Apa yang Rika boleh buat hanyalah mendoakan yang terbaik untuk dia. Rika tak pernah putus2 mendoakan yang terbaik untuk dia. Dia yang pertama Rika cinta dan mungkin yang terakhir? Wallahualam...
Apa yang Rika harapkan sekarang, akan ada pengganti yang lebih baik dari DIA! Dia yang pernah Rika cinta dan tak pernah cuba menduakan dia. Buat dia, sesungguhnya Rika tak berniat nak menduakan dia tapi ia salah satu cara untuk Rika cuba melupakan dia tapi akan daya Rika tak mampu nak melupakan dia. Apatah lagi, Dia adalah semangat Rika, dunia Rika…
Rika sayang dia. Rika doakan Dia dan Mira bahagia. Dia dan Mira merupakan pasangan yang secocok. Bagai merpati dua sejoli. Rika redha dan Rika restu perhubungan dia dan Mira. Rika doakan agar perhubungan dia dan Mira akan sampai ke jinjang pelamin,ok?
Nanti dah nak kahwin tu, janganla lupa jemput,Rika,ok? Rika menantikan jemputan korang berdua.
Rika happy sangat untuk dia. If dia happy, Rika happy. Buat Mira, cintailah Dia seperti mana Mira mencintai diri Mira sendiri. Mira jaga Dia baik2 coz dia seorang yang amat baik, tak pernah menyakiti hati orang, tak pernah nak melawan balik, tak pernah nak tinggikan suara pada orang, sabar, caring dan banyak menjadi pendorong dalam hidup seseorang.
Rika harap Mira dapat mencintai dia seperti mana Rika pernah mencintai dia dahulu. Dia yang pernah Rika cinta seluruh jiwa Rika, akan Rika lepaskan dia dengan tenang kepada Mira kerana Rika percaya, Mira mampu membuatkan dia tersenyum, ketawa dan Rika tahu yang Mira akan sentiasa bersama dia tak kira susah ataupun senang. Mira, adalah permaisuri hatinya. Mira sangat bertuah kerana dapat memiliki cinta Dia. Buatkan dia bahagia…
Jagalah hatinya, jangan sesekali melukakan hatinya. Cuba menjadi sahabat baiknya. Sentiasa bersama dia. Buat Mira, Rika sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda juga. Good Luck and All da best to you! Rika doakan perhubungan kalian berdua akan kekal sampai ke akhir hayat korang berdua. InsyaALLAH…
Buat dia, maafkan Rika jika Rika telah membuatkan dia kecewa atau sakit hati. Bukan niat Rika nak buat dia sakit hati or anything. Rika juz nak meluahkan apa yang terbuku dihati Rika…
Salam Persahabatan buat kalian…
Wassalam…
Subscribe to:
Posts (Atom)