Saturday, January 1, 2011
Hari Terakhir Praktikal Hunny kat HPP…
Setiap pertemuan, mesti ada perpisahan… Begitu juga kisah Hunny and praktikal. Dulu kami dah bertemu untuk praktikal tahun 2009. Masa tu, Hunny Diploma lagi and then tahun 2010 Hunny dipertemukan lagi dengan mereka utk praktikal 2010 for my degree. Mereka… Mereka adalah antara orang-orang yang sangat istimewa dalam hidup Hunny… Tanpa mereka, mungkin Hunny tak kenal kehidupan realiti and cara-cara kerja di dalam sesebuah organisasi yang sangat bz seluruh Pulau Pinang. Mereka ialah warga-warga kerja Pejabat Pengarah Hospital Pulau Pinang… Terutamanya ahli keluarga yang teramat Hunny sayang… Warga kerja UNIT SUMBER MANUSIA.
Entah kenapa dan mengapa? Diatas sebab-sebab yang tersendiri, Hunny sayang sangat dekat warga kerja Unit Sumber Manusia. Hunny jatuh cinta dengan unit tu sejak dari praktikal diploma lagi… Thanks to my Boss, Encik I. Dia yang banyak melayan segala karenah and permintaan Hunny kat HPP tue… Hehe… Atas permintaan Hunny nak wat kerja kat Unit Sumber Manusia, diturutkan saja permintaaan itu. Thanks to Puan R, sejujur2nya, dia adalah salah seorang IDOLA Hunny. If rezki Hunny dapat jawatan seperti dia dan Kak Yana, Hunny akan cuba sedaya upaya Hunny untuk jadi seperti dia, Puan R.
My special thanks to my beloved CC Z… Tanpa CC, may be Hunny tak dapat buat praktikal kat HPP seperti yang diidam2kan oleh Hunny since I was a kid. Hospital adalah tempat kerja idaman Hunny… Dulu Hunny teringin nak jadi Doktor tapi mungkin takdir Hunny dah tertulis untuk tidak menjadi seorang Doktor. Jadi, Hunny memilih Hospital untuk praktikal atas sebab ingin merasa bagaimana caranya dapat bekerja di Hospital Pulau Pinang… Bagi Hunny, CC bukan saja seorang ketua yang baik malah menjadi seorang ibu pada semua warga kerja kepada Unit Sumber Manusia. CC seorang yang sangat baik. Hunny adalah salah seorang yang bertuah kerana dapat mengenali CC Z… Sayang CC sangat2…
Apa yang tertulis dalam blog ini, bukanlah dibuat2 atau direka cipta sebagai perhiasan, tetapi ini adalah luahan hati Hunny… Jauh disudut hati Hunny, ini yang ingin Hunny sampaikan… Setiap perkataan dalam blog ini, diiringi titisan2 air mata kesedihan kerana perpisahan…
Terima kasih yang tidak terhingga buat yang tersayang, Kak B, Kak Y, Cikgu, Kak I and Kak S( Ahli keluarga partition Hunny), Kak Z,Kak R,Kak Y, Kak I, Abg Y, Kak L, Kak F,Kak B, CC S, Kak D, Kak Z,Abg S, Kak G, Kak A and Abg Yus (Ahli keluarga partition tengah and tepi). Hunny sayang semua… Sayang sangat2…. InsyaALLAH, Hunny takkan lupa semua sampai bila2… Cinta Hunny pada semua tetap kuat and insyaALLAH, takkan sesekali Hunny lupakan semua sampai bila-bila… Bukan senang Hunny nak jumpa dengan ahli keluarga sebegini mesra dan sentiasa bekerjasama… Buat Abg F… Tiap kali Hunny tengok Abg F, Hunny mesti ingat Abg Firdaus. Hehe… Keep up the good work,semua!!! Unit Sumber Terbaik!!! Hunny sayang Sumber Manusia sangat2… Tak rugi and ada hikmah Hunny buat Minor Sumber Manusia untuk degree Hunny… Hunny ingat nak buat rakaman Video tapi Hunny tak mampu nak berkata2. Start jew cakap, terus nangis… Macam mana tue???
Buat semua yang warga kerja ADMIN and Kewangan, Hunny tak pernah lupa kamu semua… Termasuk Unit Aset. Hehe… Terima kasih kepada semua. Terima kasih diaatas semua kerjasama yang diberikan pada Hunny… Terima kasih banyak2… Segala ilmu dan pengalaman Hunny dekat HPP takkan Hunny sia-siakan… Sungguh berat rasanya untuk Hunny katakan tetapi inilah Salam Perpisahan dan Salam Sayang Hunny pada semua… I love you all forever and ever… Titisan air mata yang mengalir bukti cinta Hunny pada Warga kerja Pejabat Pengarah HPP terutamanya Unit Sumber Manusia… Sayang kamu,Cinta kamu semua…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment