Saturday, July 4, 2009

Kala Malam,Hati Ini...


Malam ni Rika rasa runsing sangat dan menyebabkan Rika menangis dan terus menangis.Rika buntu dan Rika keliru.Hati ini memerlukan seseorang utk membimbing,menasihati,dan menceriakan ia tatkala ia kecewa dan hilang arah panduan.Rika rindukan seseorang yang sentiasa memberikan semangat kepada Rika dahulu.Saat Rika jatuh,dia ada disisi Rika.Suka duka Rika,dia bersama Rika.Rika amat memerlukan dia disisi Rika.Rika takut kehilangannya kerana pernah sekali Rika pernah kehilangannya dan kejadian tersebut telah membuatkan Rika jatuh sakit dan terus hilang arah tujuan.Pendek kata,Rika jadi gila sementara dan hilang semangat utk teruskan hidup ini.Rika tau Rika tak boleh jadi mcm tu.Tapi apa boleh buat,Rika tak mampu utk kehilangannya dan Rika tak mampu utk mencari pengganti utk menggantikan tempatnya.Sudah hampir 7 tahun Rika cuba utk melupakannya,tapi Rika tak mampu.Rika betul2 tak mampu.Apa yang perlu Rika buat?Tell me?Rika sebenarnya dah janji dengan dia yang Rika takkan mengulangi kesilapan Rika yang dahulu.Rika janji takkan menyakiti hatinya dan Rika juga takkan mengulangi perbuatan2 bodoh yang pernah Rika lakukan padanya dahulu.Rika sayang sangat dekat dia dan Rika nak dia bahagia...
Rika sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan utknya.Semoga ALLAh sentiasa merahmati dan melindungi dia walau dimana dia berada.Rika tau Rika tak layak utk menjadi Ratu Hatinya.Rika redha dan Rika sentiasa bersyukur kepada ALLAH,walaupun Rika tidak menjadi Ratu Hatinya,cukup sekadar Rika menjadi kawan baiknya.Itu dah memadai buat Rika.Rika tak mau kehilangan dia lagi.Rika mahu dia sentiasa berada disisi Rika.Dia yang sentiasa Rika cintai dan hanya dia di hati Rika.Walaupun telah hilang cinta di hati Rika,tapi Rika bersyukur kerana walaupun Rika tak pernah bercinta tapi perasaan cinta hadir juga dalam diri Rika.Alhamdulillah...Rika happy sangat.Rika ingat Rika kalis cinta rupa2nya ada 'DIA' yang berjaya membuatkan diri ini jatuh cinta padanya hingga sekarang.Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya...Rika rindu sangat kat dia.Hanya ALLAH saja yang tau perasaan dihati Rika ini.
Pintu hati Rika dah tertutup utk yang lain...Cinta Rika hanya utk dia dan jika ditakdirkan hatinya terbuka utk menerima cinta Rika,Rika akan menerimanya dengan hati yang terbuka kerana hanya dia cinta hati Rika.Baik buruknya,Rika akan menerimanya dengan hati yang terbuka hingga ke hujung nyawa Rika.Rika tak kisah klau Rika jadi andartu kerana Rika gembira dan beruntung walaupun ditakdirkan Rika menjadi andartu tapi Rika pernah merasai perasaan cinta sejati.Perasaan sayang dan cinta kepada dia sepenuh hati Rika...
Rika tak pernah menyesal mencinta dirinya dan Rika harap yang cinta Rika padanya akan terus hidup buat sekali ini saja sampai ke akhir hayat Rika,selamanya...

1 comment: